jujur. setia. percaya mempercayai. hormat menghormati. tolenrasi. berbincang. komunikasi.
aku pohon semua nie ada dalam hubungan aku dengan dia. aku pohon kami tidak kurang untuk berkomunikasi. aku mohon kita masih tolenrasi dalam segala hal dan sentiasa bawak berbincang untuk mencapai kata putus yang menyebelahi kedua dua pihak. aku pohon untuk dia percaya aku dalam apa yang aku lakukan dan aku takkan segan silu untuk sentiasa mempercayai dia. dan ya, aku selalu percaya dia namun ragu itu masih ada. pada aku itu normal dalam hubungan. cemburu pada aku perlu ada dalam hubungan untuk menunjukkan pada pasangan betapa kita sentiasa tidak selesa dia dengan siapa. terlebih berkawan atau apa. pada aku, tak salah kalau dia nak marah kalau aku over dengan kawan laki aku. tapi ya, aku tak pernah rasa dia cemburu. tak ada. yang dia pesan dekat aku, kita takde apa apa lagi. jadi jangan cuba mengator apa yang dia mahu buat. jadi aku telan semua. aku cemburu, tapi aku simpan. aku cemburu tapi aku terima apa dia nak buat. buat la kalau itu membahagiakan.
hormat menghormati sangat penting bukan. jadi aku hormat cara kau itu meski pada aku macam tak masuk akal untuk di amalkan dalam perhubungan. tapi takpe. kau perlu ada hak dan ruang untuk berkenalan dengan lebih ramai orang. berkomunikasi dengan banyak orang. aku takkan halang dah. kalau aku cemburu sekali pun, aku harap kau takkan tahu. itu kau jangan risau.
tapi aku tak pasti sama ada hati aku mampu jadi macam wanita yang lain. gadis yang lain sebab aku terlalu memendam sendiri. aku tak mahu gaduh bila aku luahkan aku cemburu tentang sesuatu. aku telan. aku hadamkan semua walau kadang tersekat dikerongkong dan aku nangis kesakitan. hati aku dah semakin keras. aku merasakan sangat susah untuk mengeluarkan air mata nie. payah dah untuk aku menjadi cengeng. entahlah. aku tak tahu aku patut luah dekat sini atau tak tapi aku takde kawan lain selain parents aku and kau. tapi mustahil untuk aku luah dekat kau.
kau perasaan tak yang kita dah lama tak bergaduh? bukan aku mintak tapi pada aku, gaduh tu kadang kadang mengeratkan lagi hubungan sebab bila kau gaduh kau akan lebih kenal pasangan. tapi takpe. aku pun tak mengharapkan pergaduhan kalau itu tidak menyelamatkan keadaan. hari nie, 16 bulan dah. tapi aku terlalu terkilan dengan kau. sangat terkilan. aku tak tahu samada kau ingat atau tak tapi aku nak kau tahu yang kau makin jauh dari gapaian aku. mungkin sebab kau kerja, atau kau memang nak lari dari aku. aku punya semangat nekad tahu. tapi aku pikir, biar lah orang yang buat aku. aku akan ikut rentak kau.
semoga kau sihat. kau selamat. kau bahagia. kau gembira atas apa yang kau buat. tapi aku mohon, kalau lepas nie kita dah tak sehaluan, carilah kau pasangan yang mampu tanggung semua yang kau tak bagi aku buat. aku terlalu kebudak budakan kan. tapi pada aku, ini adalah hati perempuan. :') aku tahu post aku nie terlalu lebih. aku mohon maaf. ya. aku selalu buat salah dan hanya pandai mohon maaf. aku tak pandai untuk fix kan keadaan tu. aku teruk.
Assalamulaikum.
1 comment:
dah kenapa eh?
Post a Comment