Tetamu Paling Best!

Friday, 17 May 2013

Sebarkan Cinta! :')

Assalmualaikum. :)

sejak mak pergi 20 tahun lepas,
cuma dua kali aku tanya abah pasal mak.

kedua2 kalinya--
abah takkan mampu balas lebih dari tiga ayat.
mesti--
tak bersudah ceritanya.
termati dek airmata dan sedu-sedan dia.

kali pertama--
di suatu pagi raya.
jawab sepatah dua-- terus hilang ke dapur.

tengok2--
sudah menangis di sinki.
rasa berdosanya membikin dia runtun--
tuhan sahaja tahu.

aku cakap pada diri sendiri.
tak apalah.
nanti2.

tapi yelah.
siapa tak mau tau.

"siapa mak?"
"macammana dia?"
banyak mana aku nak tau--
aku diamkan dulu.

kemudian kali kedua.

terkeluar ketika cuti bulan kelmarin ketika aku di malaysia.
mungkin kerana terlalu caught in the moment berbual tentang anak semenjak menjadi seorang bonda.

"macammana mak, bah? dengan anak2nya?"
celupar mulut aku.
terlepas tanya.
menyesal sedikit.
mahu ditarik, sudah terhulur.
dan sedang pula kami di dalam kereta.
tak dapat abah hendak ke mana2.

hendak tak hendak--
terpaksa disahut dia.

pendek--
dia jawab:
"macam awak."

jantung aku mati.
mata aku pecah.
nafas aku hilang.

"lembutnya. manjanya.
macammana awak dengan juna.
begitulah dia.

dengan suami--
macam awak dengan fitri.
manjanya. nakalnya."

tak perlu diceritakan lagi.
bersama2 aku dan abah mengongoi berdua dalam kereta.
suami aku di ruang pemandu mencapai bahu aku di belakang kerusinya. meramas seolah memberitahu "kuat, kekasih. kuat. berhenti nangisnya".

perjalanan dari johor baru ke kota tinggi tak pernah sejauh itu aku rasa.
sejauh imajinasi aku membayang bagaimana agaknya kalau mak masih ada.

soalan2 yang hendak aku tanya di masa2 juna lebam bengkak.
petua2 yang dia ada untuk melekas rimas gatal gusi anak.
amalan2 yang boleh dikongsi untuk mereda kembung budak.
semuanya.

namun yang aku cuma ada adalah cermin yang merata.
menjumpai dia adalah mencari dia di setiap inci tulang temulang dan kedut di kedut wajah aku.

mak--
adalah aku.

moga2 satu hari nanti--
bila datang hari tidak lagi aku berada di muka bumi
namun di tengah perutnya--
dapat siapa2 menceritakan pada sang anakanda aku siapa bondanya.

bondamu, wahai bakti arjuna fitri,
adalah kamu.
dan kamu--
adalah bukti cinta sesama manusia.

kalau dicari bondamu--
berbuatlah kebaikan.
sebarkan cinta.


sumber: Fynn Jamal

Assalamualaikum. :')


No comments: