Tetamu Paling Best!

Friday, 11 April 2014

Jangan pernah kau rasa aku ingin kau lagi.

Bila aku susah terhantuk berdarah, ada kau hulur tisu kasih kau?
Bila aku tersungkur patah segala kekuatan, ada kau hulur sedikit cuma kekuatan?
Bila mana aku tak terlihat apa didepan dan terus aku dilanggar tanpa sempat mengelak, ada kau pinjamkan mata tangan papah aku kembali jalan?
Bila mana aku tak sedar diekori jahanam dunia sehingga aku dianiaya teruk, ada kau datang selamat lawan mereka demi aku?

Ha ha ha.

Jadi, dibila mana aku sudah membalut luka segala sendi yang aku rasa dulu, jangan pernah datang.
Bila aku sudah punya kekuatan setelah aku kutip setiap cebisannya, jangan pernah kau tunjuk kau mampu beri kekuatan itu.
Bila aku sudah meraba sehingga berjaya mengetahui apa ada di setiap gelap, sila, tolong, jangan tunjuk muka kau konon ingin meminjam bahu untuk berjalan bersama.
Dan dibila mana setiap aniaya orang yang aku terima aku dah habis harunginya, jangan lah menanyang diri sepertinya aku perlu kau untuk itu.

Cuma aku harap, jangan datang.
Sila jauh.
Sebab kau tak selayaknya dilihat aku.
Sebab kau sampah yang tak sepatotnya di layar depan mata aku.
Sebab kau kuman yang tak sehebatnya untuk terus hidup depan mata aku.

Sudah sudah la datang bila aku sudah senang.
Cukup cukup la kau menanyang muka bila aku sudah mampu.
Sedar sedarlah engkau yang sekarang aku kuat.
Jangan di datangkan kata dusta yang kau susah ketika aku susah.
Alasan alasan itu jangan di cerita ke aku.
Kerana perangai jahanam kau itu tak tertutup dengan segala kata kata dusta kau.

Cukup.

Pergi dan jangan datang.

Sila.


No comments: