Tetamu Paling Best!

Monday, 25 August 2014

MH17 Dalam Kenangan.

Tak sedar apa yang jadi.
Yang lain mengambil tempat untuk lena.
Mengambil mood untuk bermimpi.
Mengambil ruang untuk bersama pasangan.
Tapi mereka yang menghadap, terpaksa redha.

Satu perkara yang jauh dari akal waras.
Perkara yang bukan dalam lingkungan pemikiran.
Dan satu bende yang kalau nak di bincangkan, ia bukanlah satu bende yang menyenangkan.

Hilang kali ini jugak masih tiada pengganti.
Hilang terhempas kali ini punya bukti namu menyakitkan.
Hilang yang menyedihkan seluruh dunia.
Yang memberi cemas meratap pemergian yang tersayang.
Mak ayah abang kakak adik isteri suami anak semua merasa.
Perasaan sedih yang teramat sehingga rasa mereka hanya ajal mampu menenangkan.

MH tujuh-belas,
Pergi kau terbang tinggi di langgit itu,
Tak pernah kami mahu melambai sampai tidak nampak sampai bila bila.
Sedang sebenarnya kami menunggu kamu sampai
Buat peluk buat cium buat mencurah bahagia.

Namun,

Nampaknya...

Rindu ini akan terus merindu tanpa mampu mengalirkan rindu ini kepada mu. :')

Alfatihah buat penumpang #MH17


No comments: