Kenapa perlu ada alasan sebelum segala bende baru kita nak buat?
Apa salah kalau kita mencuba bende baru tanpa alasan?
Apa?
Aku sangat tak paham.
Bukan kadang tak paham tapi SANGAT tak paham!
Kenapa tak dibiar mencari pengalaman dari seburuk keadaan.
Kan namanya pengalaman.
Kan namanye pembelajaran!
Kalau diawal mula sudah dikata, "Tak usahalah",
Jadi sampai bila anak itu mahu belajar.
Tiap kali dapat peluang baru, "Engkau boleh ke dik?",
Ye, aku cuba paham risau seorang orang tua
Tapi sampai bila nak duduk berapit dengan si tua?
Sampai bila hanya kenyang hadap kawan yang dah punya motor, kereta, rumah segala?
Sampai bila nak dipegang anak itu jangan lepas jauh jauh?
Belajarlah si tua.
Masa dia biar dia rasa.
Jatuh bangun nanti biar dia terbiasa.
Sebab nanti, kalau kau pergi tak kembali si tua
Dia masih hidup bekal sokongan kau, "Pergilah cari ilmu sampai kau mampu berdiri tanpa perlu dipangku"
Tweet
No comments:
Post a Comment