Terima kasih untuk segala duka bahagia yang mengelilingi diri pendosa ini.
Ya Tuhan,
Terima kasih untuk pinjaman kekasih kekasih yang engkau pinjamkan buat lengkapkan hidup.
Ya Tuhan,
Terima kasih untuk segala nikmat yang tak disangka serta diminta beri.
Terima kasih masih sentiasa mendengar rintih perih hamba pendosa.
Ya Tuhan,
Maaf untuk segala sesuatu yang jahat yang aku telah lakukan.
Ya Tuhan,
Maaf sebab terlalu menginginkan kesempurnaan dengan setiapnya minta tanpa berhenti.
Ya Tuhan,
Maaf kerana masih lagi mahu yang lebih dan masih tak sempurna mencipta amalan buat bekalan bertemumu.
Maaf ya Tuhan kerana berkira untuk sentiasa bersujud tika bahagia menyapa.
Maaf.
Tweet
No comments:
Post a Comment