Tetamu Paling Best!

Saturday 7 February 2015

Moga - moga.

Alhamdulillah.
Hidup aku penuh dengan warna.
Kenapa aku cakap penuh warna?

Sebab terlalu banyak kenangan yang dah aku cipta setakat umur 23 tahun ni.
Tak kisah la pahit ke, manis ke, nak ingat ke, taknak ingat ke. Yang penting benda2 tu semua dah jadi kenangan dan pengajaran pembelajaran untuk aku terus menapak di bumi ni. InsyaAllah.

Lagi sebab yang aku rasakan hidup aku penuh dengan kaler kaler yang kadang mencantikkan kadang merosakkan, adalah orang yang aku jumpa.
Mungkin ada yang aku jumpa hanya 2 hari. 
Ada yang bertahun.
Ada yang hanya kenal namun tak pernah jumpa.
Mereka mereka inilah yang telah mewarna indah kanvas hidup aku.

Dulu waktu abah askar, kami kerap pindah.
Aku punya kenangan time kecil banyak. Kawan yang menghiburkan ketika kanak kanak.
Sampai sekarang aku ingat. Tapah, Johor Bharu dan Batu Gajah Perak.
3 tempat yang membiakkan kawan kawan aku. 

Sekali aku terfikir pasal ni, aku rasa hidup aku dah cukup penuh dengan nikmat namun yela, kadang aku selalu merungut. Merungut yang kononnya aku ni tak diberi tuhan apa yang aku nak. 
Mengeluh bila aku tak dapat capai hajat yang aku nak. 
Teruk aku ni.

Sungguh. Nikmat yang Allah kirimkan untuk aku banyak. Sangat banyak.
Aku terlalu banyak melalui bunga bunga cantik yang harum namun masih aku peduli duri itu. Duri itu yang aku keluhkan dan rasa duri itu merosakkan bunga itu namun sebenarnya, itulah yang membuatkan bunga itu hidup terus mekar tnpa gangguan yang tak sepatotnya.

Begitu jugak hidup aku. Banyak nikmat aku dah dapat, tapi aku masih mengeluh tentang sesuatu yang sebenarnya kecik tapi aku besarkan sedangkan kesusahan itulah yang mengajar aku mengorak langkah lagi jauh lagi maju lagi jaya. Ermm.

Ya Tuhan, moga aku tak pernah lupa untuk mensyukuri nikmat mu. Amin.


No comments: