Tetamu Paling Best!

Sunday 5 April 2015

Bulan.

Pernah lihat bulan?
Bulan penuh.
Pernah buat bulan seperti kelihatan mengejar kita?
Mana kita pergi bulan tetap ikut. Pernah?

Nah, semua pernah buat.
Itulah namanya lumrah kehidupan.
Adat resam.
Pelajaran yang setiap kita kita belajar.

Kita setiap kali tengok bulan sambil berjalan, kita nampak bulan mengejar.
Kadang saja kita lari selaju boleh tapi bulan masih kejar di belakang bukan.
Kita lari lagi. Terus lari dan lari.
Sampai akhirnya bulan hilang dari pandangan.
Dan kita tersenyum nakal kerana kiranya kita berjaya lari.

Namun pernah tak kita kita ini mengundur untuk mengintai sibulan?
Mengintai kiranya bulan masih ada apa sudah hilang seperti hilang dari pandangan kita?

Ternyata, si bulan itu setia.
Tersenyum dia kita berpatah kembali mengintai dia.
Mungkin kira si bulan yang kita kita merindu dia sedang hakikat, kita kita ini hanya mengusik dan berlalu pergi.

Maka sedar tak,
bahawa
si bulan
kecewa.

(tadi balik dari kerja naik van nampak bulan. tetiba teringst ttg diri yang dimain perasaan nya. nak jadi bulan tu boleh? :') )

No comments: