Tetamu Paling Best!

Friday, 17 August 2012

Alfatihah untuk mereka.


"itu dulu. sekarang nie semua dah lain. biasa dah rupa itu! ;p"

hai semua. Assalamualaikum. ehem! malam nie last kita bertarawih untuk Ramadhan kali ini. ada jumpakah lagi dengan Ramadhan akan datang? semua yang kita lakukan sepanjang bulan mulia nie harap diterima oleh-Nya and diberkati. aminn. :) 

terasa lain bila umur dah makin meningkat nie kan. rasa hambar jugak puasa kali nie. dan sekarang rumah masih tak dikemaskan untuk kedatangan Syawal. perasaan dah berubah. tak macam dulu. ingat lagi dulu dulu. 

kalau balik kampung kat Bota tu kan, mesti kene marah dengan arwah atok. :') sebabnye aku nie dikira cucu tersayang dia so selalu la menyendeng dekat dia. time dia masak, aku main kat tangga, kene marah. time dia siang daging, aku duduk kat dapor dia suruh pegi depan. time nak masak rendang kat bawah rumah, dia suruh mak aku kunci aku kat atas. haha. sangat indah bila ada arwah. dia baik sangat. pagi raya pun kengkadang tu kene marah sebab malas nak bangun. hihi. macam macam. tapi lepas aku darjah lima, dah tak merasa dah dengan dia. hmm. dan sejak tu, raya aku dah kurang meriah sebab kampung kat Bota tu dah sunyi. dah takde orang kampung. takde. :'(

sama jugak belah abah. bila opah dah takde tahun 2008, kami dah tak berkumpul secara lengkap kat kampung. dan sejak aku dah besar nei, aku dah kurang nak berkumpul sekali. dah tak best. haish. ntah la. ye, hidup kita akan sentiasa berubah. sentiasa. pak sedara yang sayang aku pun dah takde tahun yang sama. sesak nafas. hmm. dah takde dah orang panggil nama aku secara berulang ulang. dah takde orang yang taknak lepas tanggan aku kalau aku salam. hmm. aku rindu. :'(

Ya Allah, semoga engkau tempatkan dia dengan golongan orang orang yang soleh serta solehah dan kau ampunkanlah dosa mereka. :'(

di kesempatan ini, aku, Nor 'Ain Syawani ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!! hehe. moga kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa dengan sederhana. :)

Alfatihah untuk mereka telah pergi dipagi raya ye kawan kawan. Alfatihah.

Assalamualaikum! :)

No comments: