Assalamualaikum. :)
Hari ni hari bapa. Aku sebenarnye bukan la jenis nak ikot sangat kekonon hari bapa la, hari ibu la, hari rakan sedunia dan sebagai nyee. Jenis aku, setiap aku rasa aku patot wish something yang bermakna, aku wish je tanpa menunggu tibanya hari hari ni semua. Tapi untuk hari ni, aku semacam teringin nak update pasal abah aku. Mungkin sbb terpengaruh dengan orang yang aku follow kat instagram kot. HAHAHAHAHA! Tak tetap pendirian betei. :P
Abah. Satu orang yang tak tunjuk sayang dia. Yang garang je tiap masa. Dia jegil je, aku dengan adik adik aku dah nangis. Dalam kiraan tiga, kau tak buat apa dia suruh, kau konfem kene pukol. Ye. Ini kisah betol bukan mainan televisyen yang punya skrip tu. HAHAHA!
Abah askar. Jadi dia train kami adik beradik dengan cara askar dia. Along, start basuh kasut sekolah sendiri adalah umur 7 tahun. time tu aku 4 tahun. Kalau mak yang basuhkan, mak kene marah, along kene pukol. Macam tulah abah disiplinkan kami. Aku pun pernah kene dengan abah okey. hahahaha! Lagi lawak bila ingat balik. :P Kalau aku cerita kisah aku ke anak aku nanti, konfem depa rasa tak bersalah kalau depa nakal. HAHAHA!
Aku banyak kene dengan abah sebab kenakalan aku adalah time dok dekat Tapah. Masa umur aku lima tahun. HAHAHAHA! Ada dua kejadian. Kejadian pertama ;
Time nak pegi sekolah tadika. Kan kene bangun pepagi. Aku pun satu hari tu malas la nak pegi sekolah pasal rasa ngantok gila. Tapi abah suruh jugak aku bangun mandi pegi sekolah. Aku degil keraskan badan tidor terus atas tilam kekabu tu. Abah suruh mak pujok aku, tapi aku masih degil. Last last, abah gulung aku dalam tilam tu, dia angkat masuk bilik air, dia jirus aku dengan tilam tilam tu sekali. HOIIII! Nasib baik mak aku ada, kalau tak mau mati lemas aku. HAHAHAHAHAHA! Konfem takde la blog ni. :P
Kejadian kedua pulak ;
Abah askar. Jadi peraturan harus ada dan wajib ikot. Peraturan yang aku langgar is
"Siapa yang balik rumah SELEPAS lampu jalan buka, TIDO LUAR!"
Ye. Aku dikunci di luar. Maghrib maghrib. Takleh masuk dalam. HAHAHAHA! Menangis meraung menjerit la aku kat lua tu. Mohon merayu suruh bukak. Takdenye dia bukak. Sampai aku merusah sepahkan kasut, sepak sepak pintu. Tetap abah tak bagi buka. Heh! Last last aku melawan pegi tempat burger dalam kawasan kuartes askar tu, lepak situ. Melawan beb aku. Hahahaha! Nasib aku baik bila pak sedara aku dtg nak beli burger, dia la pujok aku balik. Aku pun balik balik terus jeling mak abah terus tido. Heh! Sampai hati.
HAHAHAHA! Tapi, Alhamdulillah, aku tak pernah rasa dendam. Aku malah rasa syukur ada abah askar. Bangga dapat rasa segala "penderaan" yang bila aku kenang balik, bapak lawak ok. Hehehehe. Aku tak pernah mohon tukar abah sebab sekarang aku rasa yang abah la punca aku tak takut kawan buang aku. Cuma aku sedih jela. Abah punca buat aku kuat. Peduli orang kata asal jaga hati sendiri.
Alhamdulillah. Subhanallah. Terimakasih Allah sebab kirim pinjamkan dua manusia hebat dalam mendidik mencorak aku dan adik adik jadi yang berguna InsyaAllah. Semoga semuanye selamat bahagia tercapai dan syukur. Semoga semuanye baik baik saja.
Terimakasih Ya ALLAH untuk nikmat yang tak terhingga ni. Yang tiada galang ganti. Syukran. :')
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment