Jatuh dlm lubang yang dalam.
Dan aku terpana mendongak apa yang ada.
Kenapa masih tiada manusia yang terjatuh?
Sedang aku yang berhati hati ini.
Tetap jatuh.
Aku terus tunggu.
Tunggu tibanya manusia lain jatuh.
Jadi peneman aku.
Tapi tetap tiada.
Sampai aku bosan, aku berjalan dalam lobang yang hanyir itu.
Aku terpaksa buka kangkang seluasnya kelopak mata.
Perhati lama lama. Biar terang.
Dan aku nampak seperti satu serpihan.
Aku raba dan aku capai.
Tulang manusia yang masih terhias secebis kain yang reput.
Gila!
Ada mayat dalam lubang ini.
Mungkin aku jugk akan bekubur tanpa pelawat.
Tak mahu!
Dan aku menjerit minta tolong.
Hidupkan otak fikir nak keluar.
Gunakan akal gerakan anggota.
Gila.
Aku taknak mati tanpa usaha.
Aku taknak dilihat pemalas sedang masih terdaya.
Aku mahu keluar galas bahagia.
Gila.
Aku kene keluar.
Walau akhirnya aku lelah penat mati dalam usaha.
Tweet
No comments:
Post a Comment