Tetamu Paling Best!

Friday 13 November 2015

Kisah Cinta.



Aku bukan nak cerita pasal kisah cinta aku dengan kekasih sbb kisah cinta aku sudah habis. Hahaha. Bukan jugak kisah cinta kenkawan aku. Tapi apa yang bakal aku ceritakan adalah kisah cinta.

Cinta setiap penjuru.
Cinta dari strange? Hahahaha. Pada aku bende tu tak salah pun sbb tu cerita yang sudah diriwayatkan Allah dalam perjalanan hidup kita. Pada aku Alhamdulillah dipertemukan dgn strange yang mencintai kita.

Cinta ini bermacam cara untuk diluahkan. Melalui kata2. Melalui perbuatan. Nampak. Pendam. Tapi itu tetap cinta.

Aku cintakan mak ayah aku tapi tidak lah aku mampu untuk bekalkan mereka dgn wang ringgit tapi insyaAllah selagi aku waras, doa untuk mereka takkan hilang. Sentiasa ada untuk mereka yang sangat sangat banyak jasa. Sampai aku mati sekalipun jasa mereka tidak dapat aku balas.

Cintakan kawan kawan. Cintakan sedara mara. Cintakan adik beradik - Doa.

InsyaAllah segalanya aku luahkan melalui doa kepada Allah supaya Allah menjaga setiap yang aku cinta dengan cinta Allah. Dan insyaAllah kalau setiap aku teringat, aku akan doakan korang. Paling paling AlFatihah dgn niat supaya Allah jaga.

InsyaAllah. Sebab aku merasa yang cinta Allah kepada hamba-Nya iaitu aku terlalu besar. Dah melakukan kesalahan pun masih Allah berikan segalanya yang aku minta. Cuma cepat lambat je. Tapi keadaan dia kebanyakkan dalam situasi tidak tersangka. Allahuu.

Semoga kita2 semua akan jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan sentiasa melakukan suruhan dan meninggalkan larangan - Nya.

Aminn.

No comments: