dia sayang.
dia senyum.
dia gembira.
dia rindu.
kerana dia rasa kamu cinta hatinya.
dia menangis.
dia kecewa.
dia marah.
dia cemburu.
kerana dia takut kehilangan.
dia memberontak.
dia merajok.
dia cuba melawan.
dia senyap.
kerana dia mahu kamu memujuknya.
wahai lelaki yang bergelar kekasih pada sang pencinta.
: : hati perempuan, sayang.
lembutnya sukar untuk digengam kemas, payah untuk kekal ditangan.
: : hati perempuan, sayang.
rentak hatinya berombak bagai laut yang memukul pantai.
kadang tinggi rentaknya. kadang rendah.
: : hati perempuan, sayang.
tak jauh seperti deruan angin.
kadang kuat sampai tak mampu dikawal terbangnya kain jemuran. kadang lembut menyapa muka.
: : hati perempuan, sayang.
diamnya mereka tanda kamu punya tugas.
mengalirnya air mata mereka, tanda kamu punya tugas.
jalankan tugas kamu wahai lelaki kekasih pada sang wanita.
sesungguhnya, perempuan, ia sangat lemah. kerana
Hati Perempuan, Sayang. :')
Tweet
No comments:
Post a Comment