ini adalah ayat mukadimah yang ketiga aku buat. bila mana ayat yang pertama sangat formal. manakala ayat yang kedua terlalu jiwang. dan akhirnya ayat yang ketiga ini menjadi pilihan kerana ayat ini serupa pondaan MACHO! entah kenapa kalau korang perasaan walau pun memang banyak orang yang aku tahu kuat perasan bahawa status aku dekat muka buku dengan pencicip adalah lebih kepada gas dalam badan atau dalam bahasa mudahnya kentot.! aku pun tak taw apakah aku sudah hilang rasa malu. yela, walau aku sememang nya hidup bersuasanakan irama kentot adik beradik aku, tapi aku rasa aku harus ada perasaan malu. arh! aku benci ayat tunggang tebalik aku. SHIT!
dan entah kenapa tadi kawan aku panggil pencungkil gigi sebagai penculik gigi. dah kenapa macam tu. okay, kita bayang. kau korek gigi kau guna lidi yang kau panggil penculik gigi, kenapa gigi kau masih ada? dan yang aku hairan bin ajaib yang bapaknye pelik, kenapa kau sebagai seorang yang waras membenarkan penculik itu menculik gigi kau. ish! kau jangan bagi aku pening nak fikir nieee. lainlah kalau kau cakap pencabul gigi. itu aku boleh jugak terima. lidi perogol gigi ke. adoi. ish pelik pelik. tapi lagi pelik kenapa kau yang aku ingat? dan apa kaitan dengan mukadimah ketiga aku buat itu? SHIT!
sebenarnye aku penat. kenapa tiap kali aku buat sesuatu itu, mesti tak selalu berkaitan. kadang tu ada la kaitan macam lepas makan aku pergi melabur untuk menambahkan baja. okey itu aku terima. tapi kadang tu aku tak paham kenapa. okey contoh, aku mandi than lepas mandi mesti la kene pakai baju kan. okey itu berkaitan. pastukan bila mak aku panggil makan, mesti la aku kene pergi kan. haaa, lagi satu berkaitan. tiap kali siram pokok mesti aku yang kene tutup air tu. dah la aku kene siram! hish! aku tak faham kenapa berkaitan dan kenapa aku rasa yang semua aku tulis nie tak ada kaitan dengan apa yang aku nak terang nie?! SHIT!
arh! sudah. jiwa aku lemah untuk meneruskan lagi. aku cukup tak mampu nak teruskan. biarlah mereka dengan dunia mereka. aku sudah tiada kuasa untuk melawan apa yang mereka akan katakan. terpulanglah. setiap yang berlaku ada hikmah nya. aku hanya mampu berdoa moga aku sentiasa kuat dan tabah untuk meneruskan hari tanpa minum milo sebab dekat rumah dah habis pagi tadi adik aku buat bawak pergi sekolah. -______- SHIT!
okey, aku berhenti disini!
p/s: semua yang tertulis adalah tanpa dapat direncanakan dahulu. aku mohon maaf kalau over. :) namun aku harap korang perasaan tentang tajuk itu and entry aku. adios amigos! (‾⌣‾)♉
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment